Ahad, 13 Disember 2009

ALAM KANAK-KANAK (1) - Peti Nyanyi

Seingatku .... lepas tiga tahun 15 Mac 1958... mandi di Sungai Jelai masih didukung oleh Apak.
Sabun Lux/Popinjay diisi dalam tin susu cap junjung atau tin sardin yang dipotong tepi dan ditekan dari atas... nampak lah kreativiti dan menarik. Tugasku semasa didukung hanya memegang bekas sabun pada dawai yang menjadi tangkai. Apak mencibit baldi air.... itulah rutinku semasa mandi tengah hari.
Rumah ditepi sungai dalam dusun buah-buahan di Kg. Menunggol, tinggallah kami sekeluarga dengan aman dan damai bersama beberapa buah rumah keluarga yang lain. Mata pencaraian keluarga... hanyalah menoreh getah, tanam padi dan menangkap ikan untuk dijadikan lauk seharian.
Udara yang nyaman, air sungai yang jernih, kicauan burung berselang bunyi unggas adalah hiburan semula jadi semua penduduk kampung. Kalau adapun satu dua keluarga (agak berada) mampu membeli radio/tetuang berjenama Singer atau Grunding dan Peti Nyanyi.